Top upCara orderSoalan lazimHubungiWhatsApp +60 12-299 2951

Polisi & maklumat

Polisi penghantaran & pemulangan

Cara produk digital kami dihantar ke ID anda, berapa lama, dan bila pemulangan dibenarkan.

Berkuat kuasa: 18 November 2026 · AIZEN ENTERPRISE (202503084850 (RA0123153-K))

Ringkasan. Semua produk kami ialah produk digital. Tiada penghantaran fizikal dan tiada kos pos. Top up dikreditkan terus ke ID pemain anda secara automatik 24 jam, biasanya dalam beberapa minit selepas bayaran disahkan.

1. Produk digital sahaja

Gamevion menjual top up game, item dalam game dan kod digital. Tiada barang fizikal dihantar, jadi tiada caj penghantaran atau pos.

2. Cara penghantaran

  • Top up terus: dikreditkan ke akaun game anda berdasarkan ID pemain dan Server / Zone ID yang anda berikan. Kami tidak memerlukan kata laluan anda.
  • Kod digital atau voucher: dihantar kepada anda melalui WhatsApp, atau emel jika anda minta.

3. Tempoh penghantaran

  • Order diproses secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, selepas bayaran disahkan.
  • Kebanyakan order selesai dalam beberapa minit.
  • Jika ada masalah, pasukan sokongan kami melayan pertanyaan dari 8:00 pagi hingga 2:00 pagi (waktu Malaysia, GMT+8). Pertanyaan di luar waktu ini dijawab sebaik waktu sokongan bermula.
  • Kelewatan boleh berlaku akibat penyelenggaraan game, gangguan sistem penerbit, semakan bayaran, atau maklumat ID yang tidak lengkap. Kami akan memaklumkan anda di WhatsApp jika berlaku kelewatan.
  • Jika order tidak dapat dihantar dalam tempoh 24 jam selepas bayaran disahkan atas sebab kami, anda layak mendapat bayaran balik penuh seperti dalam polisi bayaran balik.

4. Pengesahan penghantaran

Admin akan memaklumkan anda di WhatsApp sebaik order selesai. Sila semak baki atau peti mel dalam game anda. Sesetengah game mengambil masa beberapa minit untuk memaparkan baki baharu, atau memerlukan anda log keluar dan masuk semula.

5. Preorder

Anda boleh meminta order dihantar pada masa tertentu. Kami akan memprosesnya pada masa itu. Preorder boleh dibatalkan dengan bayaran balik penuh selagi ia belum diproses.

6. Wilayah dan keserasian

Perkhidmatan kami untuk pelanggan di Malaysia. Sesetengah produk hanya untuk wilayah atau server tertentu. Pastikan wilayah akaun game anda sepadan dengan produk yang dipilih. Jika tidak pasti, tanya admin sebelum membayar.

7. Polisi pemulangan

Disebabkan sifat produk digital, item yang telah dikreditkan ke akaun game, atau kod yang telah dihantar dan ditebus, tidak boleh dipulangkan atau ditukar. Pengecualian:

  • Pakej salah dihantar kerana kesilapan kami: kami hantar pakej yang betul atau pulangkan bayaran.
  • Kod digital tidak berfungsi semasa pertama kali ditebus: laporkan segera bersama tangkapan skrin ralat. Kami akan menyemak dan menggantikan kod atau memulangkan bayaran jika kod didapati tidak sah sebelum digunakan.

Butiran tuntutan ada dalam polisi bayaran balik.

8. Hubungi kami

  • WhatsApp: +60 12-299 2951
  • Emel: support@gamevion.com
  • Alamat: D-29-2, Jalan Atmosphere 7, The Atmosphere, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
  • Order diproses automatik 24 jam. Sokongan: 8:00 pagi hingga 2:00 pagi (waktu Malaysia, GMT+8)