Notis ini dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Ia menerangkan cara AIZEN ENTERPRISE (No. SSM 202503084850 (RA0123153-K)), yang mengendalikan Gamevion ("kami"), mengumpul dan menggunakan data peribadi anda. Notis ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika terdapat percanggahan, versi Bahasa Melayu diguna pakai.
1. Data yang kami kumpul
- Maklumat order: ID pemain, Server / Zone ID, nama akaun dalam game, game dan pakej yang dipilih, harga, dan nombor rujukan order.
- Maklumat akaun (jika anda mendaftar): emel, kata laluan (disimpan dalam bentuk cincang, kami tidak dapat membacanya), nama penuh seperti dalam IC, nombor telefon, pengesahan umur, persetujuan terma, pilihan promosi anda, baki dan sejarah Gamevion Credit. Kami tidak meminta atau menyimpan salinan IC.
- Maklumat hubungan: alamat emel yang anda isi semasa membayar (untuk resit dan status order), nombor telefon dan nama profil WhatsApp anda apabila anda menghubungi kami.
- Maklumat bayaran: status bayaran, jumlah, cara bayar dan nombor rujukan transaksi daripada penyedia gerbang pembayaran kami (CHIP), atau bukti bayaran yang anda hantar sendiri. Butiran log masuk bank anda dimasukkan terus di halaman bank / CHIP; kami tidak menerima atau menyimpan kata laluan perbankan, nombor kad penuh atau kod OTP.
- Maklumat teknikal: pelayan web kami mungkin merekod alamat IP, jenis pelayar, masa dan halaman yang diminta untuk tujuan keselamatan dan penyelesaian masalah.
Laman ini tidak menggunakan kuki penjejak, analitik pihak ketiga atau piksel iklan. Jika anda menanda "Ingat ID ini di peranti saya", ID pemain anda disimpan dalam storan pelayar peranti anda sendiri (localStorage) dan tidak dihantar kepada kami. Anda boleh membuang tanda itu atau mengosongkan data pelayar untuk memadamnya.
2. Sumber data
Data diperoleh terus daripada anda apabila anda mengisi borang di laman ini, menghubungi kami melalui WhatsApp atau emel, dan menghantar bukti bayaran.
3. Tujuan kami menggunakan data
- Memproses dan menghantar order anda, termasuk mengesahkan ID pemain dan nama akaun.
- Mengesahkan bayaran, mengurus bayaran balik dan menyelesaikan pertikaian.
- Berkomunikasi dengan anda tentang order, sokongan pelanggan dan aduan.
- Mencegah penipuan, penyalahgunaan dan menjaga keselamatan sistem.
- Menyimpan rekod perakaunan dan mematuhi undang-undang.
- Menghantar promosi atau berita, hanya jika anda bersetuju. Anda boleh berhenti menerimanya pada bila-bila masa.
4. Data wajib dan sukarela
ID pemain, Server / Zone ID dan cara menghubungi anda adalah wajib untuk memproses order. Jika anda tidak memberikannya, kami tidak dapat menghantar order anda. Akaun adalah pilihan; anda boleh order tanpa akaun. Jika anda mendaftar, nama, telefon, pengesahan umur dan persetujuan terma adalah wajib untuk menggunakan akaun dan Gamevion Credit. Persetujuan pemasaran adalah sukarela dan boleh ditukar di halaman akaun pada bila-bila masa.
5. Pendedahan kepada pihak ketiga
Kami tidak menjual data peribadi anda. Kami hanya berkongsi data setakat yang perlu dengan:
- Rakan pemprosesan top up dan pengedar produk digital, untuk menghantar order ke ID pemain anda (biasanya ID pemain, server dan pakej sahaja).
- Penyedia perkhidmatan teknikal seperti pengehosan pelayan, dan WhatsApp (Meta) sebagai saluran komunikasi yang anda pilih.
- CHIP (penyedia gerbang pembayaran), bank dan penyedia pembayaran lain, untuk memproses bayaran, mengesahkan bayaran atau memproses bayaran balik. CHIP menerima alamat emel anda dan butiran bayaran mengikut polisi privasinya sendiri.
- Pihak berkuasa atau pengawal selia, jika dikehendaki oleh undang-undang.
6. Pemindahan ke luar Malaysia
Sesetengah penyedia perkhidmatan kami, termasuk WhatsApp dan penyedia pengehosan, mungkin menyimpan atau memproses data di luar Malaysia. Kami hanya menggunakan penyedia yang mempunyai langkah perlindungan data yang munasabah, selaras dengan kehendak Akta.
7. Keselamatan
Kami mengambil langkah praktikal untuk melindungi data anda daripada kehilangan, penyalahgunaan dan akses tanpa kebenaran, termasuk sambungan HTTPS dan akses terhad kepada kakitangan yang perlu sahaja. Tiada sistem yang 100% selamat, tetapi kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa yang berkaitan seperti dikehendaki undang-undang jika berlaku pelanggaran data yang memberi kesan kepada anda.
8. Tempoh penyimpanan
Rekod order dan bayaran disimpan selama yang diperlukan untuk tujuan di atas dan untuk mematuhi undang-undang perakaunan dan cukai (biasanya sehingga 7 tahun). Jika anda memadam akaun, emel, nama dan telefon dibuang daripada akaun; rekod order dan transaksi Credit disimpan untuk tujuan perakaunan. Log teknikal disimpan untuk tempoh yang singkat. Data yang tidak lagi diperlukan akan dipadam atau dijadikan tanpa nama.
9. Hak anda
Tertakluk kepada Akta, anda berhak:
- meminta akses kepada data peribadi anda yang kami simpan;
- meminta pembetulan data yang tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk;
- menarik balik persetujuan, dan meminta kami berhenti menghantar bahan pemasaran;
- meminta kami mengehadkan pemprosesan data anda, dan meminta data anda dipindahkan kepada pihak lain di mana hak itu terpakai.
Untuk membuat permintaan atau pertanyaan, hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui support@gamevion.com atau WhatsApp +60 12-299 2951. Kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memberi akses dan membalas dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta. Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.
10. Kanak-kanak
Jika anda berumur bawah 18 tahun, sila dapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum membuat pembelian atau memberikan data peribadi kepada kami.
11. Perubahan notis ini
Kami boleh mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipapar di halaman ini bersama tarikh berkuat kuasa.
12. Hubungi kami
- WhatsApp: +60 12-299 2951
- Emel: support@gamevion.com
- Alamat: D-29-2, Jalan Atmosphere 7, The Atmosphere, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
- Order diproses automatik 24 jam. Sokongan: 8:00 pagi hingga 2:00 pagi (waktu Malaysia, GMT+8)